Tuesday, 25 December 2012

Aktiviti Study Week yang Merepek~~


#sekadar gambar hiasan.  

Selasa bersamaan 25/12/2012 [1200 - 1630 hr]
Aku…. Napi…. Din…. Nine…. Bos….. Sharu….
Sepetang Ber-Bar-Be-Cue….

Kisah bermula bila napi bagitau yang ‘depa’ nak ber-holiday kat sungai Gabai…
Engatkan mandi-mandi je, rupenye ade makan-makan yang sangat la “fully sponsored”…
Adeh! mane nak cekau duit nie...
Aku ni dah tengah pokai...

Malam sebelum tue, aku ngan napi pon pergi la ke Giant Seksyen 7, Shah Alam..
Dengan bermodalkan ayam selai  + 3 ulas extra, 10 helai sosej ayam, 10 helai sosej daging, beserta serbuk marinate hoc&*@# Smoked n Gajun, maka lengkap la resepi ayam ‘Baby-Q’!
Malam tue jugak aku perap sume ketul-ketul ayam dalam rempah…

Esoknye (hari nie), lepas tunggu punya tunggu, last-last napi bagitau tempat terpaksa diubah…
Dah takde lagi mandi-mandi, just makan-makan je… hampeh!
Dorang datang rumah aku dulu, ambik aku ngan ayam perap…
Lepas tue ambik bos kat bukit cerakah (lokasi cadangan), dan kami terus gerak ke tasik SUK…
First time lepas 4 tahun duduk shah alam jejak kaki kat situ…
Scenery dye… fuh! Memang best! (bagi aku) kalo nak compare ngan mane-mane tasik yang aku penah pegi kat shah alam nie…

Lebih kurang pukul 2 petang, bermula aktiviti masak memasak…
Sebelum tue punye la susah nak buat bara….
Nak-nak pulak kayu daun sume basah kena hujan semalam…
Bahan yang mula-mula dimasak ialah kerang…
Eh! Lupa plak nak bagi tau… kerang tue baru beli lepas sampai kat tasik nie..

Lepas kerang, sosej, pastu baru ayam…
Sambil bakar sambil makan…
Mase tengah bakar tue, ader la 2 ekor mamat jalan-jalan kat tasik tue dengan moto...
Selamber badak jek...
Aku pon selambe badak jugak la jerit... "wooooiiiiiiii"
Bila dorang dah dekat aku baru perasan yang 'mamat' kapel tue polis...
Hah! sudah! mati! mati!
Dorang berenti kat tempat kitorang bakar ayam...

"korang buat ape kat sini?"
"saje bakar ayam.. hehe"
"kire kitorang nie langkah kanan la?"
**bunyik cengkerik...
"student ke"
"haah! student"
"engat nak bakar hutan tadi"
"heh! takde lah. nak idopka bara pon jenuh"
"yang kat sane tu membe korang jugak ke?"
"eh! takdelah. kitorang ramai nie je"
"saje je tengok-tengok sini. mane la taw korang buat parti liar ke"
"heh! takde lah. takkan la nak buat parti liar. Lagipon, laki sume nie."
"laki sume yang bahaya tue"
"hahaha" aku pon gelak layan lawak polis yang 'kelakar' tue...

Pastu polis kapel tu pon berambus...
Fuh! lega! Engatkan ader buat salah tadi...

Sampai je pukul 4 sume dah kekenyangan…
Tapi mase tue ayam ade lagi 3 ketul…
Besar-besar plak tue…
Masing-masing da tak lalu nak makan…
So aku cadang buat game…
Putar botol, arah mane botol tue berenti dye jadik mangsa…
Memang meriah la game tue…
Yang asik terkena memang tak puas hati…
Padahal denda makan ayam je pon…
Ayam sedap plak tuh…
Tue pon tak puas hati…
Haih! Pelik!


Round paling last kena habiskan seketul ayam…
Peraturan, botol tue perlu hala arah dia sampi 3 kali…
Sapa yang mula-mula cukup 3 kali, dia yang kena…
Dan pemenang nya tak lain tak bukan…
Orang yang paling sikit makan ayam… Bos!
Nak tak nak terpaksa la dia habiskan…
Tapi tak silap aku dia tak habiskan… dia g buang nye ayam tue…
Ish! Ish! Ish!
Orang kat afrika punya la sengsara takde makanan, dia selambe je buang makanan…
Tapi, aku tak tau la betul ke tak sebab tak nampak.. huhu..

Lepas kemas tapak BBQ tue, dalam kul 430 petang.. kitorang pon balik… lalala~~ habis!

0 comments:

aNDa KLiK aNDa HeBaT!!!