Wednesday, 5 September 2012

Review skuad Tok Gajah: Pendapat + Analisis

Bagi aku, skuad Pahang dah cukup bagus untuk menghadapi saingan Liga Super musim hadapan jika nak dibandingkan dengan beberapa pasukan yang lain yang telah berada di Liga Super berdasarkan prestasi semasa.


Pahang secara jelas menunjukkan yang mereka mampu menjadi pesaing yang mantap dalam liga tersebut jika dilihat pada kemampuan yang ada pada setiap pemain yang ada sekarang. Apa yang telah dilakukan Pahang dalam saingan Piala Malaysia 2012 sudah cukup untuk memikat hati aku setelah berjaya mengekalkan rekod empat (4) perlawanan awal tanpa kalah. Tambahan pula, mereka telah menempatkan diri mereka sebagai pasukan yang paling awal memperoleh mata dan jaringan tertinggi. 

Sumber: www.duniasukan.com 
Aku tidak meletakkan sebarang harapan untuk Pahang layak ke final kerana aku akui banyak lagi pasukan yang hebat dan lebih layak. Sebagai pasukan yang bukan pilihan, peluang yang ada untuk Pahang sememangnya tampak sukar. Tapi seandainya KEAJAIBAN itu berlaku, aku tak rasa rugi untuk memiliki jersi Pahang dan juga keluar duit untuk membeli tiket perlawanan AJAIB tersebut. Soalnya, MAMPU atau TIDAK? Sekian.

Sumber: puteraduyong.com
Sumber: djdanchef.blogspot.com


-bukan peminat setia (B-P-S)


2 comments:

Everything's Everythings said...

Berkat training yg constant agaknya ^^
Tahniah buat pasukan pahang.. semoga mereka mampu menjadi juara ;D

-BPS juga haha

HaiZuL RaDZi said...

@Everything's Everythings
yeaayyyy!! kiter geng..

aNDa KLiK aNDa HeBaT!!!