Monday, 28 November 2011

Harimau Malaya tewas...


Malaysia dah kalah malam tadi dengan skuad olimpik Bahrain..  
punca kekalahan skuad olimpik negara yang paling utama ialah kecederaan pemain.
ramai yang injured tapi Ong Kim Swee tak mampu nak gantikan semua yang injured. hanya 3 sahaja pilihan yang ade..
tapi apa2 pon OKS berjaya melahirkan 2,3 orang pemain yang menjadi harapan malaysia kelak antaranya
Nazmi Faiz Mansor
*beliau telah menunjukkan mutu permainan yang hebat tambahan pula ketika menetang Bahrain malam tadi beliau berjaya menjaringkan gol peribadi pertamanya di peringkat ANTARABANGSA! syabas!
*Nazmi Faiz Mansor
Disebalik kekalahan kepada skuad Bahrain yang dianggap tidak sepatutnya berlaku memandangkan Bahrain bermain hanya 10 orang, kita sepatutnya bersyukur kerana telah lahir seorang bintang!

Nazmi Faiz Mansor, satu nama yang pada mulanya tiada siapa yang mengenalinya. Tetapi tindakan Ong Kim Swee membawanya ke Jakarta untuk bermain sukan Sea 2011 telah menampaknya ada harapan bagi Nazmi menyinar.

Malam ini sejarah telah terlakar. Nazmi anak muda daripada Kuala Lumpur telah menjaringkan gol pertamanya pada separuh masa pertama. Bukan sebarang gol, tetapi gol bertaraf dunia!

Tahun 90-an dunia dikejutkan dengan aksi seorang pemain muda daripada Brazil iaitu 'Ronaldo 9'. Dia telah digelar 'El Phenomeno'. Kini tiba masanya seorang lagi bakal bintang layak untuk digelar 'The Phenomenon' !

Sumber: Bolasepak Malaysia @ FB


Mohd Affizie Faisal
*menjadi antara tonggak utama, kejayaan malaysia menjaringkan gol pertama menerusi Nazmi Faiz ketika menentang Bahrain dengan menyekat setiap kemaraan skuad Bahrain.
*Mohd Affize Faisal-'Unsung Hero'

Pemain ini sebenarnya turut menjadi tunjang kekuatan kepada skuad Harimau Muda semalam. Ramai yang pasti hairan siapakah gerangan si nama ini apabila melihat kesebelasan utama yang diturunkan oleh Ong Kim Swee. Malah tak kurang juga yang tidak yakin dengan keupayaan anak muda daripada Terengganu ini.

Mungkin ada yang masih ingat aksinya ketika skuad HM bertemu Pakistan pada pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 pada awal tahun ini. Beraksi pada perlawanan itu sebagai pertahanan kiri, malam tadi dia telah bertukar posisi apabila bermain sebagai pemain tengah bertahan.

Aksinya menyekat bola hantaran pemain lawan sebenarnya telah menjadi salah satu faktor kepada Nazmi 'The Phenomenon' untuk bergerak dengan lebih bebas ketika membuat serangan.

Ketiadaannya selepas dikeluarkan kerana diterjah keras oleh pemain Bahrain dan juga kehilangan Nazmi yang mengalami kekejangan otot telah menjadi titik tolak kepada kekalahan malam tadi. Tiada pemain tengah yang mampu mengawal tengah dan menyebabkan pasukan menjadi serba tidak menjadi.

Selamat maju jaya buat Affize!

Foto:Shazli Shamsuddin Photography
Sumber: Bolasepak Malaysia @ FB



2 comments:

ezioauditoredafirenze said...

aizad ramli tak masuk??
owh..ye x ye..aizad ramli trlalu bagus utk maen dlm team malaysia.

h'zulproperty said...

@ezioauditoredafirenze

???????

aNDa KLiK aNDa HeBaT!!!