Sunday, 11 March 2012

Apa Itu Paradox???

paradox clock
 4wd: --
(Mendapat ilham selepas mendengar ceramah bekas paderi yang masuk islam, Yusuf Estes namanya, putih pula janggutnya.)

Soalan hari ini:-

Bro, gua tahu lu tak suka jawab soalan tentang hokum hakam, dan lebih suka jawab soalan berbentuk pendapat, gua sekarang pening mengenai kematian Teoh Beng Hock, keputusan hakim sunguh pelik, yang mana mendiang Teoh Beng Hock bukan bunuh diri dan juga bukan kena bunuh, habis tu apa? Hantu Jo-on kejar ke? Atau angin kus-kus tiup hingga beliau jatuh kah? Tolong bagi pendapar bro tentang isu kehakiman Negara dan kaitannya dengan Kerajaan.

Jawapan hari ini.

Aku sedang berbaring, jam lebih kurang 11 malam, tiba tiba aku bangkit, bini aku terkejut dan bertanya kenapa? Aku terus menuju meja dan hidupkan laptop lalu berkata: Abang dapat ilham untuk tulis isu kematian mendiang Teoh Beng Hock …

Lalu akupun menulis dalam keadaan tidak berbaju…

‘Tap tap tap’,

Bunyi jari aku mengutuk keyboard dan terpaparlah di ruang screen:

‘ kesulitan menyelesaikan masalah paradox’

Aku mulai merasa kesejukkan, lalu mengoder sehelai baju dari isteriku, dan setelah selesai memakai baju (terbalik pulak.., lantaklah) aku teruskan menulis…

‘Tap tap tap’...

*****

Dalam hidup kita ini, wujud satu istilah bagi menerangkan situasi yang tidak boleh diselesaikan atau tidak boleh disimpulkan yang dikenali sebagai “Paradox”.

Paradox mengikut kefahaman aku (jika salah tolong betulkan-english dan sains aku masih ditahap rendah) adalah bermula dari satu ‘kenyataan’ atau ‘persoalan’ yang pada zahirnya betul, tapi apabila cuba di simpulkan atau di jawab maka akan berakhir dengan konflik yang tidak dapat dijawab atau tidak dapat diselesaikan.

Sebagai contoh:

“Kenyataan ini adalah palsu”

Pada zahirnya, kenyataan di atas adalah tidak nampak sebarang masalah,

Tapi apabila kita ingin membuat kesimpulan, maka timbul masalah yang tak dapat diselesaikan, yang mana, jika " Kenyataan ini adalah palsu " adalah benar, maka ia adalah palsu, yang mana ianya bermakna adalah benar, tapi ianya juga bermaksud palsu, dan benar dan palsu bla bla bla sehingga infiniti..

Pening tak?

Sama jugak, jika " Kenyataan ini adalah palsu " adalah palsu, maka ia adalah benar, yang mana ianya bermakna adalah palsu, tapi ianya juga bermaksud benar, dan palsu dan benar bla bla bla sehingga kita jadi bengong sebab tak tahu sama ada kenyaatan itu palsu atau benar.
Jadi Paradox juga boleh ditakrifkan sebagai dua jawapan yang ingin di letakkan pada satu soalan yang mustahil akan dapat dijawab menggunakan dua jawapan seperti “ya” dan “tidak”, atau “benar” dan “Palsu”

Contoh lain Paradox: A man says that he is lying. Is what he says true or false?

Jawablah jika boleh? Boleh jadi mereng jika korang cuba jawab.

Contoh lain:-

“The statement below is false."
"The statement above is true."

So, apa kesimpulan dari dua statement diatas?

Kedua-duanya adalah palsu, dan kedua-duanya adalah benar, dan palsu dan benar dan palsu dan benar bla bla bla sehingga kita jadi bengong dan gila isim jika berkeras nak jawab gak, sebab memang tak boleh jawab kerana kita tak akan dapat menyimpulakan masalah paradox…

Aku bagi contoh lain masalah paradox: (Crocodile Dilemma)

Jika seekor ‘buaya’ menculik seorang kanak kanak, dan berjanji akan pulangkan kepada bapa kanak kanak tersebut dengan syarat bapa kanak kanak itu dapat meneka dengan tepat apa yang buaya itu akan lakukan, akan tetapi apa yang buaya akan lakukan jika bapa kanak kanak itu meneka bahawa anakknya tidak akan dipulangkan.

Susah sangat paradox ini? Cuba yang ini:

David says: 'Every man is a liar!'
Is David telling the truth or is he lying? If it is true that every man is a liar, and David's statement, "Every man is a liar" is true, then David also is lying; he, too, is a man. But if he, too, is lying, his statement: "Every man is a liar," consequently is not true. Whatever way you turn the proposition, the conclusion is a contradiction. Since David himself is a man, it follows that he also is lying; but if he is lying because every man is a liar, his lying is of a different sort… (aku malas dah nak translate-rujuk wikipedia )

Oleh sebab masalah paradox tak dapat diselesaikan, maka apabila ada pihak yang cuba menjawab jugak, maka jawapan mereka akan berbeza beza, korang boleh rujuk internet dan boleh jumpa berapa kaedah untuk ‘cuba’ menyelesaikan masalah paradox seperti kaedah Alfred Tarski, Arthur Prior,Saul Kripke,Barwise Etchemendy, Dialetheism dan lain-lain.. (yang meletakkan syarat tertentu dalam pemahaman kenyataan)

So, apa perasaan korang sekarang selepas baca semua ini,

"I know that I know nothing at all.", (chech, paradox jugak..)

Maka, sebagai kesimpulan bahasa mudah faham tentang paradox,:

“Soalan atau kenyataan yang betul, tapi jawapan atau kesimpulan adalah konflik.”

Faham?

Faham tak jika aku cakap:

“One dollar will not make you rich, so if you keep this up, one dollar at a time, you will never become rich, no matter how much you obtain.”

Boleh buat kesimpulan?

Ok, sebenarnya ada banyak sangat pecahan kepada masalah paradox, aku ambik satu contoh paradox berkenaan mesin masa yang pecah kepada tiga jenis paradox pulak. (saje nak bagi korang pening)

1. Grandfather paradox : Korang nak bunuh diri, tapi tahu bunuh diri itu boleh buat korang kekal dalam neraka, maka korangpun pergi ke masa lalu dan membunuh atuk kita yang masih muda supaya atuk tidak kahwin dengan nenek yang akan dapat ayah. Dan jika korang berjaya bunuh atuk korang, maka ayah korang tidak wujud, jadi.., korang datang dari mana?

2. Ontological Paradox : Dalam filem XX Ray arahan Aziz M Oman, beliau telah pergi ke masa silam dan berjumpa dengan Hang Tuah dan sempat memberi idea, “Tak kan melayu hilang di dunia”, dan Hang Tuah yang tak pernah dengar ayat ini kagum dan menyebut berkali kali, Jadi ini bermakna idea itu datang dari Aziz M Osman yang dapat dari membaca sejarah melayu yang kata itu dari Hang Tuah, jadi, dari mana idea itu datang? Dari Aziz M Osman? Atau Hang Tuah?

3.Predestination Paradox :Dalam filemTerminator, sekiranya Terminator tidak datang dari masa depan untuk membunuh Sarah Conner, maka Kyle Reese juga tidak datang, tapi jika Kyle Reese tidak datang, macam mana john Conner boleh ada kerana dialah ayah kepada John Connor, Jadi, dari mana John Connor bermula?

Pening tak korang? Releks, jangan pening, perkara paradox biarkan sahaja ia dalam keadaan begitu jika korang tak nak gila isim…

Karang, aku suruh jawab, mana dulu, ayam atau telur? Maka boleh jadi bengong jikakita nak selesaikan masalah paradox ini…

******

Ok, sekarang aku nak pergi jauh lebih serius.., bab ugama.

Bila masuk bab ugama, akan lebih banyak masalah paradox yang akan kita temui,

Contoh:

Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Susah akal cetek manusia nak terima kenyataan ini.., manusia percaya bahawa setiap sesuatu ada permulaan dan ada pengakhiran, orang kafir percaya yang kita ni berasal dari beruk sebab rupa beruk macam rupa kita, dan percaya beruk mungkin datang dari biawak, ada iras cuma takde bulu, dan biawak mungkin datang dari ikan berkaki, dan ikan berkaki datang dari ikan, dan ikan datang dari sel dan, dan, dan ,semua ini datang dari letupan big bang, dan letupan itu datang secara bang beng bong!

Tapi akan tetap timbul soalan, siapa yang mencipta letupan itu?

Ok, Tuhan yang mencipta, tapi Tuhan datang dari mana, siapa yang cipta Tuhan? Boleh jadi pecah otak jika layan akal kita...

Contoh lain:

Sebelum Allah ada apa?

Jawapan yang sebenar, Allah tidak terikat dengan masa, Allah tidak ada sebelum dan selepas, dan Allah tidak berawal dan berakhir, Allah yang mulakan masa dengan t=0. Kerana masa juga dicipta oleh Allah.

Arghhh, pening!!
Maka, masalah ini, jika kita cuba fikir dan jawab jugak secara logic sains, maka kita akan jadi gila isim, bengong.., kerana itulah Nabi dah ajar kita supaya jangan fikir tentang zat Allah, jangan fikir tentang perkara yang ghaib, jangan fikir tentang roh, sebab iainya di luar batas kemampuan akal kita..

Bab perbandingan pengetahuan kita dan pengetahuan Allah selalu dalam hadith menyebut, ilmu manusia seperti setitik air dilautan, dan lautan itu adalah ilmu Allah, maka apa daya kita?
So, masalah paradox, jangan berlagak hero untuk cuba jawab, nanti korangpun jadi bengong!

Aku bagi beberapa contoh lain:-

Allah memberi peluang untuk kita membuat pilihan kepada sesuatu yang telah ditakdirkan.

Ramai orang jadi putus asa bila fikir ayat ni secara logic.., menolak rukun iman yang ke enam, dan mati masuk neraka.., oh..

Contoh lain..

Allah suruh Nabi berdakwah, lalu Nabi berdakwah sungguh sungguh tapi akhirnya yang bagi hidayat adalah Allah, yang mana walaupun Nabi dah dakwah kepada bapak saudaranya sungguh sungguh, tapi hidayat tetap di tangan Allah..,

Ok, dua statement diatas, tak paradox sangat, sebab boleh dijawab, (agak panjang), secara ringkas:

Kita boleh ibarat macam pemikiran bayi yang marah kepada ibunya yang pergi jumpa doctor bagi mendapatkan suntikan imunisasi, dalam kepala otak bayi:, apalah, mak aku tak betul, kata sayang aku, tapi kenapa cucuk dengan jarum?
Ok, boleh kembangkan sendiri anologi tu.., aku dah mengantuk

****

Sebelum tu, aku bagi contoh lain, iaitu soalan yang berbentuk ‘seakan paradox’ yang di tanya oleh orang kapir kepada orang islam yang mana orang islam tak boleh nak jawab lalu orang kapir anggap mereka betul padahal secara sainsnya, takde orang boleh jawab soalan paradox..

Ingat apa makna paradox?,

“Soalan atau kenyataan yang betul, tapi jawapan atau kesimpulan adalah konflik.”

Bagus, pandai..

Tapi sekarang aku nak pergi kepada soalan yang nampak macam paradox tapi bukan.., (yang selalu diguna oleh orang freethinker yang perasan pandai)

Contoh solan seakan paradox.

Soalan 1:

Bolehkah Allah menciptakan perisai yang teramat kuat sehingga tidak ada satu pedang pun yang dapat menembusinya?

Bolehkah Allah membuat satu pedang yang teramat tajam dan paling hebat sehingga mampu menembusi apa sahaja termasuk perisai tadi.

Tengok, jika jawapan korang untuk perisai ‘ya’, dan untuk pedang pun ‘ya’, maka jawapan kedua bercanggah dengan jawapan pertama…,
Soalan 2:

Boleh tak Allah cipta satu batu yang sangat besar yang tiada seorangpun yang dapat angkat termasuk Allah

Tengok lagi, jika jawapan: boleh, maka Allah jadi lemah, jika: tak boleh, maka Allah juga lemah.., konflik bukan?

Ok, aku rasa banyak lagi soalan yang seakan paradox ini cuba ditanya oleh orang kapir atau orang islam yang gila isim, yang mana bila orang islam tak boleh jawab maka mereka yang kapir pun pun parasan betul..

Releks bro..

Kena faham beza antaa paradox dan bukan paradox.., yang mana paradox adalah “Soalan atau kenyataan yang betul, tapi jawapan atau kesimpulan adalah konflik.”

Baik, disini, jawapan memang konflik, tapi bila disemak, rupanya soalan dan kenyatan soalan tadi sudah berada pada status:salah.

Yang mana bila soalan salah, maka jawapan sudah tidak diperlukan lagi. Orang bodoh jer yang jawab soalan yang salah.

Ok, kenapa soalan di atas salah.

Jika korang rujuk surah 112 iaitu Al ikhlas, terdapat ayat:

1.katakan: Allah Yang Maha Esa

2. Allah Sesungguhnya kekal.
(Allah tidak berakhir, pening jika sains nak pikir)

3.Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
(Aku dah cerita tadi, ikut logik memang manusia tak mampu nak terima akal, itu belum cerita bab kun fayakun)

4.Dan tidak ada sesuatupun yang setara denganNya

Ok, ayat nombor empat ni yang aku nak jelaskan..

Dalam ayat ini memberitahu bahawa tiada satupun yang sama dengan Allah, yang mana Allah pencipta, dan Allah bukan sebahagian dari penciptaan. Kerana itu wujud ungkapan, “Allah tidak sama dengan yang baharu”.

Dan perbuatan menyamakan Allah dengan ciptaanya adalah salah dan tanda kejahilan, Allah tidak bermula, tidak berakhir, tidak tidur, tidak memerlukan apa-apapun.

Apabila soalan ini bertanya ‘boleh’kah Allah buat perkara sekian sekian, “boleh” di situ telah menyamakan Allah dengan ‘boleh’nya makhluk, seperti bolehkah Allah angkat batu? Boleh disitu seolah-olah meletakkan Allah sebahagian dari makhluk, maka bermakna soalan itu telah salah kerana menyandarkan kebolehan tuhan yang setara dengan makhluk.

Sedang Allah tidak sama ‘boleh’nya dengan apa yang kita fikirkan, Allah Maha Melihat, Tapi Melihatnya Allah tak sama macam apa yang kita fikir, Allah boleh melihat tanpa cahaya, dan boleh melihat masa depan, dan masa lalu, lalu kita tak akan mempu mebayangkan Maha melihatNya Allah. Allah punya rule: simple: Kun Fayakkun, jika Ia berkata jadi, maka ia akan terjadi.., ini yang akal tak boleh terima..
Jadi dalam bab Maha mencipta, soalan bolehkah tadi, sebenarnya merendahkan Maha Boleh, yang mana boleh mangangkat itu adalah setaraf bolehnya mahkluk…, Allah tak sama dengan yang baharu, Dan tidak ada sesuatupun yang setara denganNya!

So, soalan seakan paradox itu bukan paradox lagi kerana soalan itu sudah salah, bodoh, kerana menyamakan kebolehan tuhan dengan makhluk, oleh sebab itu: bagaimana hendak mendapat jawapan yang betul jika soalan sudah salah.

Sudah!, pergi belajar bab paradox dulu jika nak buat solan paradox..

Setakat soalan salah, semua orang gila boleh tanya soalan yang salah, orang bodoh apatah lagi.

Sekian.

Ps: Abang, kenapa pakai baju terbalik? Tanya isteriku lalu akupun tutup computer dan memparadoxkan diriku kepangkuan isteriku…, dihujung katil baju itu tertanggal, tapi tidak terbalik lagi, paradox sungguh.

Ps2: Entry ini juga agak pardox, orang lain yang bertanya, orang lain yang mendapat jawapan, kan?

Ps3:Wallahu'lam is the best answer of all paradox...

Ps4: Penutup yang paradox, di petik dari kata kata George Wilhelm F H : Kita telah belajar dari sejarah bahawa kita tidak pernah belajar dari sejarah. – Woha!


SUMBER: http://keretamayat.blogspot.com 


2 comments:

Asyraf Azizan said...

owhh macam tu rupenye paradox. best entry ni.

h'zulproperty said...

entry nie kopipes kat blog keretamayat.. segala lawak2 adalah hakcipta blogger tersebut.. huhu~~

aNDa KLiK aNDa HeBaT!!!